Find the knowledge like to hike the mountain. You cannot see the beautiful view until you reach the Top. But When You are @ the Top, Everything Looks so beautiful.. Lets join me 2 explore & find da knowledge..

bground

Thursday, August 19, 2010

Semakin Bertambah Usia..Semakin Pelupa?

Kepercayaan yang menyatakan semakin bertambah usia seseorang, akan semakin sukar untuk mengingati sesuatu maklumat adalah tidak benar...



Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya sebahagian kecil sahaja kebolehan ingatan sementara (short-term memory) berkurangan apabila usia semakin bertambah (Gardner, 1988).

Kita sering memberi alasan ini untuk tidak mahu belajar lagi. Sudah tua dan tidak mampu untuk belajar lagi sebab otak sudah lembab dan perlahan, daya ingatan sudah lemah dan perlahan dan sebagainya alasan yang diberikan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran sebagai pelajar dewasa.

Islam menggalakkan umatnya melanjutkan pelajaran sehingga ke liang lahat dan Rasulullah pernah menggalakkan supaya umatnya belajar sehingga ke negeri China. Ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya belajar walaupun sejauh mana atau selanjut mana usia seseorang.

so, apa tunggu lagi.. Jom rebutlah peluang yang begitu luas terbuka untuk mempertingkatkan kelayakan akademik masing-masing di samping mendalami ilmu dan kemahiran dalam bidang profesion kita...


Saturday, August 7, 2010

Mencari ILmu Pengetahuan


Mencari ilmu pengetahuan adalah sebahagian daripada iman. Agama Islam memerintahkan kepada umatnya untuk mencari ilmu pengetahuan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a yang bermaksud:



“Barangsiapa yang mempelajari ilmu satu bahagian saja, ia mengambil manfaat dari ilmu tersebut untuk kepentingan dunia dan akhirat, itu lebih baik baginya daripada berusia 7000 tahun, berpuasa siang harinya dan solat pada malamnya (sunnah) itu diterima tanpa ditolak.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud)


Memiliki ilmu pengetahuan bagi segenap umat Islam sangat penting sekali, walaupun harus pergi ke negeri orang, oleh kerana itu segala risiko dan kesulitan dalam mencari ilmu harus dihadapi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Satu bab ilmu yang dipelajari seseorang itu lebih baik baginya daripada dunia dan isinya”. (HR. Ibnu Hibban)

“Carilah ilmu walaupun di negeri China.” (Riwayat Baihaqi dan Anas)


“Carilah ilmu walaupun antara kamu dengan ilmu tersebut terbentang lautan api.”

“Carilah ilmu (dimulai) sejak dari buaian sampai ke liang lahad.”